BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

hayati sepenuhnya

Friday, December 30, 2011

Muzik dan Islam

Assalamualaikum semua

Manusia dan muzik ialah sesuatu perkara yang tidak boleh dipisahkan. Bagi aku hidup aku ialah muzik. Kadang-kadang blues,kadang-kadang jazz, rock, ballad dan macam-macamlah. Ikut mood aku. Aku sangat suka pada muzik. Tetapi terdapat sesetengah daripada kita yang 'tegar' tidak suka pada muzik. How can they lives?? Mereka kata muzik ialah sesuatu perkara yang haram dalam islam. So, with no doubt, aku terus membuat sedikit research tentang muzik dan islam.

Aku membuat research menggunakan laman sesawang. daripada beratus-ratus laman sesawang, hanya beberapa sahaja yang aku ambil sebagai rujukan. So, how islam view on music?? Menurut laman web islamicb, alat muzik hampir kesemuanya haram kecuali alat muzik 'daff'. Tambahan lagi, muzik ialah sesuatu yang boleh meracuni fikiran manusia daripada mengingati Allah. Muzik juga membuatkan manusia lupa tentang Penciptanya dan tujuan mereka diciptakan. Penulis ada menyebut tenteng bagaimana lirik-lirik lagu yang tidak logik, melangkah norma-norma manusia mampu membuatkan manusia terpesong pada jalan yang lurus. So,adakah ia haram?? Penulis mengakhiri penulisannya dengan menyatakan "Allah knows bests."

Tetapi ia bertentangan dengan laman sesawang digitalmukmin.com yang menyatakan muzik itu harus menurut pendapat fatwa Syaltut (bekas rektor azhar). Keharaman muzik bergantung kepada tempat, masa, dan aktiviti (tujuan) muzik tersebut. Pendapat dalam laman sesawang ini agak ringan jika hendak di bandingkan dengan artikel pada laman islamicb.

Dari pandangan aku pula muzik jatuh hukumnya haram jika kita menyalahgunakannya. Ianya dari kita. Untuk pengetahuan, aku ialah salah seorang yang menyukai seni muzik dan bukan hanya nasyid. Walaubagaimanapun, aku tak pernah mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim selama ini...>_<

nota kaki: daff = alat muzik seperti dram a.k.a kompang

sumber rujuan:  http://islamicb.blogspot.com/2009/03/dr-zakir-naiks-view-on-music-in-islam.html
                        http://panduanpercuma.info/agama/4005/pandangan-islam-terhadap-muzik/
                        http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=11&t=3186





0 comments: